Persatuan Suluk Blog
"Fantastic......!" itulah ungkapan pelancong kepada kumpulan 'Pangalay Ha Agung' dari PSBS. Keunikan dan keasyikan tarian ini memukau ramai penonton di auditurium DBKL. Sesekali kedengaran tepuk dan sorak kemudian selepas itu mereka khusyu' melihat dan mendengar sendiri lisagan kulintangan dengan iringan pangalay yang lembut dan cantik. Pangalay Ha Agung merupakan persembahan pertama masyarakat Suluk di pentaskan di Auditurium DBKL. Selepas ini, pastinya akan menyusul lebih banyak lagi tarian Suluk akan ditampilkan. Antara yang boleh ditampil seperti tarian Tauti, Dalling- dalling Asli dan tidak salah kalau kita mempopularkan pula tarian- tarian dari Sulu (juga merupakan tarian tradisional Suluk) seperti Singkil, Suwa'- Suwa' dan tinikling.
Mami Kiang seorang pelopor budaya menyarankan agar tarian- tarian seperti pangalay ini diberi kariasi yang kreatif. Disamping itu ia perlu disusun dan dikemaskini dalam pelbagai sudut seperti kiraan langkah dan gerakan perlu diseragamkan dengan muzik agar nampak lebih bertenaga. Jika PSBS mahu pangalay ini melangkah lebih jauh, PSBS perlu bersedia untuk membuat transformasi lebih terhadap budayanya sendiri tanpa menghilangkan keaslian pangalay itu sendiri, tambah beliau.
Turut dipersembahkan pada malam itu kumpulan dari Sarawak (Hadrah) dan tarian Cina.
http://psbs2004.blogspot.com
http://psbs2004.blogspot.com

0 comments:
Post a Comment